Sunday, 30 September 2012

Bagaimanakah Penamat Siri Kartun Doraemon? (Video)




Kebiasaannya kita hanya menonton siri animasi doraemon di televisyen dengan pelbagai kisah menarik. Tambahan pula, siri kartun ini turut didatangkan dengan komik yang telah diterjemah ke dalam bahasa Melayu. Namun pernahkah kita terfikir bagaimanakah siri episod akhir yang mana Doraemon telah meninggalkan Nobita buat selama-lamanya. Boleh tonton video di atas.
Doraemon adalah sebuah manga Jepun popular yang ditulis oleh Fujiko F. Fujio (nama asal Hiroshi Fujimoto) semenjak tahun 1970 dan berkisah tentang sebuah robot yang berbentuk seekor kucing yang datang dari abad ke-22, Doraemon.
Dia dihantar ke zaman sekarang untuk menolong Nobita, seorang budak yang pemalas, agar keturunan Nobita dapat menikmati kejayaannya daripada terus menderita dari segi kewangan – yang bakal terjadi di masa depan – yang telah diakibatkan oleh kejahilan Nobita.
Cerita Doraemon julung kalinya muncul pada Januari 1970 dan diterbitkan dalam enam majalah yang berlainan secara serentak. Sejumlah 1,344 cerita asal telah direka selama ini, yang diterbit oleh syarikat Shogakukan di bawah jenama komik Tent?mush (ladybird/kumbang kura-kura) yang menjangkau 45 jilid. Cerita-cerita tersebut dikumpul dan disimpan dalam Perpustakaan Pusat Takaoka di bandar Toyama, Jepun, yang merupakan tempat kelahiran Fujiko.
Setelah lama wujud di dunia komik dan animasi, Doraemon merupakan salah satu watak animasi yang popular bukan sahaja di Jepun dan Malaysia, bahkan juga di negara-negara Asia dan Eropah. Setiap Hari Sabtu akan terpacak di depan TV.
p/s:Video ini bukanlah siri animasi, tetapi cebisan komik yang di scan. Memang sedih jika berada di tempat Nobita yang susah senang bersama dengan Doraemon. Memang watak Nobita dicipta untuk menyusahkan Doraemon sahaja, namun Doraemon tidak pernah untuk mengecewakan Nobita setiap kali dia meminta pertolongan. Kini jika anda ingin menonton Doraemon boleh menonton di NTV7 pada pukul 7.30 ptg pada hari Sabtu ^^.

No comments:

Post a Comment